Sunday 21 September 2014

SISTEM PILIHAN RAYA

  • 1957-Malaysia kekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) / Dewan Undangan Negeri, boleh tubuhkan kerajaan persekutuan/negeri.
  • Sistem yang digunakan di Malaysia ialah berasaskan sistem ‘First-Past-The-Post-System’.
  • Beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. 
    1.
    Perlembagaan Persekutuan
    2.
    Perlembagaan Negeri
    3.
    Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
    4.
    Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
    5.
    Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981
    6.
    Peratuan-peratuan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002
    7.
    Peratuan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003
  • Ada beberapa undang-undang yang tidak berkaitan secara langsung dengan proses pilihan raya tetapi memainkan peranan dalam kelancaran perjalanan pilihan raya iaitu Akta Polis 1962, Akta Hasutan 1970, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
BILANGAN KERUSI/KAWASAN
  • Seorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) / Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri).
  • Terdapat 22 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.
PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA
  • SPR bertanggungjawab mengkaji semula sempadan bahagian pilihan raya parlimen dan negeri.
  • Menjalankan kajian setiap tidak kurang lapan tahun.
PENDAFTARAN PEMILIH
  • Seorang pemilih mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat / Dewan Undangan Negeri.

  •  Layak untuk mendaftar jika :

    a.Warganegara Malaysia

    b.Berumur tidak kurang daripada 21tahun pada tarikh kelayakan.

    c.Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia.
    d.Tidak hilang kelayakan.
HILANG KELAYAKAN PEMILIH
  •     Pemilih akan hilang kelayakan jika :
a.Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman/sedang menjalani hukuman penjara.
b.Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati/penjara untuk tempoh 12bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
c.Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
d.Telah memperoleh kerakyatan asing.  


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  • Daftar-daftar pemilih baharu disediakan setiap 3bulan sekali dan pendaftaran dipamerkan selama 7hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan.
  • Daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh suruhanjaya dalam tempoh sebulan.
  • Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

KELAYAKAN CALON
  • Calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti/bertanding sebagai calon bebas.
  • Seseorang itu layak jadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut 
                     a.Warganegara Malaysia dan bermastautin.
                     b.Umur tidak kurang 21tahun pada hari penamaan calon.
                     c.Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.
  • Seseorang calon akan hilang kelayakan sekiranya dirinya :
 a.Telah didapati/diisytiharkan tidak siuman.
       b.Bankrap
       c.Memegang jawatan berkepentingan office of profit.
       d.Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya.
       e.Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1tahun / denda tidak kurang dari RM2,000 dan belum mendapat pengampunan.
       f.Telah memperoleh kewarganegaraan asing.

PERMULAAN PILIHAN RAYA & PROSES PENAMAAN CALON
  •     Pilihan raya untuk Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri yg ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali dlm tempoh 5tahun, kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan dlm tempoh 60hari selepas tarikh pembubaran.
  •      Pilihan Raya Kecil diadakan dlm tempoh 60hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan / seseorang Ahli Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri hilang kelayakan. Dalam hal ini, tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
  •      Pilihan Raya Umum/ Pilihan Raya Kecil bermula dgn pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yg sama, 1 notis akan diwartakan utk menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.
  •      Hari penamaan calon merujuk kepada hari yg telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bg calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepadan Pegawai Pengurus.
  •      Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calonpencadang dan penyokong (antara jam 9pagi-10pagi pada hari penamaandan kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10pagi-11pagi untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan.
  •    Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkanPegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.
DEPOSIT
  • Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum / pada hari penamaan calon.
  • Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh1/8 daripada jumlah undi yg diperoleh semua calon yg bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

PENGGUNAAN SIMBOL
  • Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.
  • Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yg telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dicetak pada kertas-kertas undi.







No comments:

Post a Comment