Sunday 21 September 2014

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA…

Untuk mengadakan pilihan raya .. 
Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan badan yang bertanggungjawab bagi menguruskan segala proses pilihan raya.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA :
  • Sebuah badan yang bertanggungjawab untuk mengelola dan menyelia dalam semua urusan pilihan raya
  • Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberi kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta Pilihan Raya Kecil sekiranya berlaku kekosangan.
  • SPR ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
MISI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Mendukung Sistem Demokrasi Berparlimen dan Menjamin Hak Rakyat untuk Memilih Wakil Mereka. Dengan Mengurus Mengawal Selia dan Mengendalikan Pilihan Raya Secara Adil dan Bebas.

VISI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Menjadi sebuah institusi yang cemerlang dan mendapat kepercayaan rakyat.

KEANGGOTAAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Berikut adalah kronologi penubuhan SPR :

  1. Semasa penubuhan ; 1 orang pengerusi + 2 orang ahli. Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.
  2. Tahun 1963 berikutan penubuhan Malaysia ; 1 pengerusi + 3 ahli. Ahli tambahan berasal daripada mana Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir gilir. Datuk Abang Haji Marzuki bin Mohd Nor dari Sarawak merupakan orang pertama yamg mewakili kedua-dua negeri tersebut.
  3. Tahun 1981 - pindaan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan membolehkan seorang timbalan pengerusi dilantik . Timbalan Pengerusi SPR yang pertama ialah Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan.
  4. Tahun 2002 - pindaan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan ; jumlah keseluruhan yang menganggotai SPR ialah 7 orang iaitu : 1 Pengerusi + 1 Timbalan Pengerusi + 5 orang ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan Sarawak. 

Berikut adalah carta organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya yang terkini :




Ahli SPR akan dilantik oleh YDPA. Syarat kelayakan seseorang menjadi ahli SPR :
  1. Berumur tidak lebih dari 65 tahun
  2. Tidak muflis
  3. Tidak memegang mana mana jawatan bergaji yang lain
  4. Bukan mana mana ahli politik Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Dalam pertubuhan SPR , bagi menjalankan tugas :
  • Sebuah urus setia dibentuk. Setiausaha ini dibentuk berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Encik H.Cassidy merupakan orang pertama yang berkhidmat sebagai Setiausaha SPR
Tanggungjawab SPR termaktub dalam Perkara 113-120 Perlembagaan Persekutuan
  • SPR sebuah badan yang menyelia, menjalankan proses demokrasi negara.
  • SPR bebas daripada pengaruh politik.
FUNGSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA :
  1. Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian bahagian pilihan raya
  2. Menjalankan urusan pendaftaran pemilih serta penyemakan daftar pemilih 
  3. Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
Bagi menyelaras urusan : SPR melantik Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir Urus Setia yang dibantu oleh kakitangan awam. Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir bertindak sebagai Setiausaha

Bagi memastikan pilihan raya efektif, adil dan saksama : SPR wajib mengikut garis panduan dan dasar dasar SPR dari semasa ke semasa.

Bagi memastikan kelicinan perjalanan pilihan raya : urus setia SPR menubuhkan cawangan yang dikenali sebagai Pejabat Pilhan Raya Negeri di setiap negeri kecuali Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan Proses Pilihan Raya di Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Umum 13 terdapat penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh SPR . Jom tonton video ini pula !

No comments:

Post a Comment